Alhamdulillah, anak kecil kami siti khadijah sudah menginjak usia 3 bulan. Seumpama rahmat yang setiap hari menggembirakan dikurniakan anak-anak yang sihat cerdik dan pintar. Semua itu adalah cabang “rezeki” yang allah kurniakan buat kami sekeluarga. Sesungguhnya “rezeki” datang dalam pelbagai bentuk dan rasa. Rasa bahagia juga antaranya. Perasaan adalah kurniaan allah yang indah… kita boleh menipu dan berselindung sesame manusia, tetapi tidak pada hati sendiri. Semoga rasa bahagia yang dinikmati berkekalan sehingga tertutupnya mata buat selama-lamanya.

Hati diri ini berbunga riang, sebenarnya bersyukur yang tak terhingga kerana diberikan allah nikmat dan rezeki dapat menyusukan kedua-dua anak dengan susu ibu. Susu yang tiada tandingan nilainya, tidak boleh dijual dan tidak boleh dibeli. Dijadikan allah cukup sempurna untuk anak itu. Rasa bahagianya hanya DIA yang tahu. Semoga penghasilan susu ini mencukupi sehingga sepatutnya ia, semoga penghasilan susu ini menjadi sumber makanan yang berkhasiat untuk anak kami dan memberikan manfaat kepada ibu dan anak. Terima Kasih Ya Allah, diberikan kekayaan ini. Semoga dengan ini janganlah engkau jadikan aku hamba yang riak dan bermegah-megah, kau peliharalah diriku ini.

Mengepam di pejabat atau dimana-mana sudah bukan satu beban yang besar, prinsipnya asalkan tidak terlihat apa yang tidak boleh dilihat itu dah cukup kot. Tak perlu cari bilik yang khas untuk buat kerja-kerja mengepam. Mengepam di cubicle sendiri dan dikelilingi ileh lelaki-lelaki bukan jadi penghalang. Alhamdulillah setakat ni belum timbul apa2 masalah, semoga ianya berterusan selama yang mungkin. Ya allah, semoga effort ku mengepam di pejabat menjadi penggalak kepada rakan-rakan yang lain untuk turut berjuang menyusukan anak dengan susu yang bernilai emas ini selama yang mungkin. Semoga anak2 kecil itu dapat menikmati kurniaan Allah yang maha hebat seperti anak-anak lain insyallah.

Saya percaya banyak atau sikit susu ibu itu memang semuanya rezeki dari Allah, tapi sebagai manusia usaha itu perlu ada. Ilmu dan teori juga perlu dipelajari. Cara saya mengekalkan volume production yang stable ialah dengan mengepam sela 3 jam atau maximum sela 4 jam setiap masa, siang atau malam, hari bekerja atau cuti mesti akan pam. Tenangkan fikiran dengan cara anda sendiri.

Advertisements