13 FEBRUARY 2010

Kami sekeluarga “menjelajah” Negeri kelantan….Hehehehe, daripada mengandungkan Siti Aisyah memang berhajat sangat nak ke Kelantan jalan-jalan…tapi kesihatan tak mengizinkan. kami pergi ni pun sebab nak menghantar jiran bertunang…jadi kami ambik kesempatan ni untuk jalan-jalan!!!!.

sepatutnya kami berkonvoi tapi cuti KC dibekukan…takut orang selangor tadak Air…kene keja gak ari sabtu tu..so kami gerak kendian. lepas zuhur kami bertolak.

Route 1 : Nilai – Simpang Pulai
Menempuh 3 kawasan sesak sepanjang perjalanan, perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 2 1/2 jam dah jadi 5 jam. berehat di hentian simpang pulai, buang2 apa yang patut dan mandikan Aisyah.
Route 2: Simpang pulai – Gua Musang
mula bergerak jam 7 petang melalui jalan SimpangPulai– Lojing-Gua Musang. hahahah…memang pengalaman yang menegakkan bulu roma. cheh, gelap gelita…hanya kenderaan kami sahaja…seram. heheheh, KC memandu dalam kesunyian sebab semua orang diam terpana pada kegelapan malam…Aisyah dah kroh kroh sambil nenen. hehehehhe…saya cakap dgn KC, lainkali nak lalu jalan ni hari siang je lah yer….. perjalanan 2 1/2 jam yang menakutkan.
Route 3: Gua Musang – Machang.
lepas rehat2 kejap kami sambung perjalanan lebih kurang kul 10.30 pm. kenderaan berdesup-desup. memang terrer org kelantan nih bawak keta, cilot-cilot jerk…selamba je meredah kegelapan malam dan kabus tebal. kami lalu jalan gua musang – kuala krai. alhamdulillah kami sampai ke destinasi dalam pukul 12.30 am. pastu tido.