SUSU AISYAH – Free of charge

Kami tak beli susu untuk Aisyah..sebab saya produce susu sendiri…kadang-kadang bila bukak peti es tengok susu dalam botol yang tersusun berderet macam dibeli di pasaraya saya terfikir betapa Allah itu maha besar, susu yang paling baik terhasil dari tubuh manusia sendiri. Dan saya sentiasa bersyukur yang saya diberi ilham untuk menyusukan Aisyah. Semua tu datang dengan izinNYA dan sokongan KC dan keluarga. Saya berdoa semoga niat suci dan ikhlas saya ni dipermudahkan. selain itu saya juga nak menjadi contoh kepada adik-adik saya dan bakal adik ipar supaya disatu masa nanti sekiranya mereka dikurniakan anak susuilah mereka.

Bagi mereka yang belum mendapat ilham dan kekuatan untuk menyusukan anak sendiri…jgn merasa rendah diri, pasangkan niat dan gandakan usaha…insyallah berjaya.

LAMPIN – Beli sekali pakai banyak kali

heheheh…..masa dalam pantang saya pakaikan Aisyah kain napkin lipat2 je…Dah cuba pakaikan cloth diaper..tapi macam too big pulak. Ada gak sok sek yang ngumpat kata saya kedekut…hehehe. tapi tak kisah pun. lepas sebulan lebey baru leh fully pakaikan Cloth Diaper. disposable diaper saya pakaikan hanya bila pegi keluar jalan-jalan. sekurang-kurangnya saya ada effort untuk selamatkan dunia ni untuk masa hadapan anak-anak kan.

BAJU – Jahit sendiri

Wakakaka…. most of her fancy mancy dresses ke, baju tidur ke, sleeping bag ke, selimut ke, soft toy ke saya jahit sendiri. kekeke… cuma t-shirt tu saya kena beli lah kan…belum mampu nak buat sendiri. walaupun bukan brand terkenal tapi label sendiri saya puas hati…sebab setiap helaian baju Aisyah saya jahit dengan penuh kasih sayang dan darah…erk? yerlah, kekadangkan tercucuk-cucuk sikit jari masa menjahit.

Taaa!!!!!!!!!!!

Advertisements