Celoteh Aisyah

Lokasi: Ruang dapur rumah ibu

Situasi: My younger sis holding a pair of chopstick sambil mengadap rojak mamak. at the same time our dolly is having her lunch (nasi dan sup ayam)

Dolly : Hey bik odi!!! (dengan suara yang kuat dan garang) bik odi=bik rodi, itu makan mee hoon lah pakai chop stick, tak tau ke?

mummy, ibu and my sis terkedu dan tak tau nak react apa…..

bak kata my mom, budak kecik ni kalau takde kat rumah sunyilah sangat, kalau ada havoc. hehehehe….that’s my luvely doter… my mom says, perangai sebijik mummy…heheheh

Persediaan untuk Breastfeed 2nd Child

Ni lebih kurang senarai semak untuk mummy membuat persediaan awal bagi membolehkan semua anak-anak kami dapat menyusu susuibu.

  • Hantar service BreastPump yang dah setahun tak pakai, tengok keadaannya dulu, kalau masih boleh pakai kita pakai lagi
  • Beli satu lagi BP yang baru untuk diletak di pejabat
  • Beli manual BP yang akan dikelek kalau pergi ke tapak, tuntutan kerja punya pasal
  • beli botol dan packaging yang mudah untuk mummy simpan susu tanpa pening2 kepala
  • ice pack.

yang lain2 pakai je yang lama. Semoga niat murni ni diperkenankan Allah.

Perasaan kali ni secara mental tak stress macam anak pertama dulu…betullah orang cakap pengalaman adalah guru terbaik dalam kita manjalani kehidupan harian. Kalau diberi kesihatan yang baik dan persekitaran yang memberangsangkan insyaallah penyususan susuibu adalah perkara yang mudah untuk dijalankan. Cayuk mummy!!!!

corat coret permulaan 2012

Alhamdulillah masih panjang umur,

Lama betul tak mencorat coret di alam maya. sungguh tak ada keinginan langsung. Tapi bila mengenangkan diri ni manusia yang selalu tak ingat benda2 penting, dan bila mana info2 tu diperlukan sebagai rujukan barulah nyesal tak sudah ngapa tak mummy tak catatkan kat mana-mana. well i should start with my 2nd pregnancy

2nd pregnancy, 15th weeks

  • compared to 1st pregnancy, kali ni tak perasan mummy preggy…alahan hampir tiada. tipulah kalau kata langsung takde. yes ada, tapi so much much differ from preggy kan conel.
  • mummy masih suka masak, suka makan jeruk tapi menahan diri sehebat-hebatnya supaya jangan makan. preggykan conel mummy benci asam, jeruk dan yang seangkatan dengannya.
  • mummy can eat almost everything…hehehe KC selalu cakap mummy makan semua benda tolak batu ngan kayu jer… i can see from her face yang dia sangat gembira and tenang hati with this pregnancy sebab mummy saaaaangat sihat compared to 1st pregnancy.
  • lapar tahap dewa diwaktu pagi…. hari minggu mesti nak nasik lemak sambal kerang kakak kedai simpang kat batang benar Nilai. celik biji mata mummy akan paksa KC gi beli nasi lemak tu.
  • First 4 weeks mummy tak leh makan nasik putih or bau nasik putih. tapi dah masuk 10 minggu bedal jek…kalau tak dapat makan nasik kena morning sickness…heheheh. kesimpulannya mabuk akan datang kalau lapa.
  • suka nengok bola….jakun terjerit-jerit sampai kena marah ngan KC sebab terlompat-lompat xcited. fuhhh!!! memang lupa diri
  • masih tak nak minum susu, tak kiralah soya ke, susu tenusu ke…. perut bergolak-golak cam kena memulas.
  • back pain…..alah bisa tegal biasa. tak ngandung pun memang sakit…so buat0buat macam tak rasa…walaupun memang sakit… mummy dendiam jek, malas nak bising-bising. Redha tuhan nak bagi ujian.

k Tu je lah dulu. cerita conel kami panjang berjela…esok ajelah mummy catat yer sayang… smoooch!!! pipi kiri dan kanan Aisyah.

It has been two weeks…..

Kakak Aisyah is going to have her own “kawan” next year. But she’s still denying she is kakak. masih nak orang panggil dia adik. masih lagi 2 minggu dan belum beritahu ramai orang lagi this big news. Mummy and KC akan train panggil dia kakak.

Perkembangan Aisyah diusia 2 tahun 7bulan

catatkan disini supaya boleh diselak-selak kemudian hari

Masih Menyusu
Menyebut beberapa perkataan dengan jelas
Faham arahan
Menyanyi ikut melodi walaupun lirik hancusss
mee/mee hoon tetap menjadi makanan kegemaran
sangat agressif bila diganggu…menggigit siku jadi kegemaran
kebelakangan ni suka tidur di luar bilik
kalau orang tanya nak adik tak dia akan jawan…”no way!!”/”never!!”
tak suka baby
dah pandai melawa….nak kekup@makeup katanya
Dah boleh pakai stokin…dulu jangan harap dia nak pakai
Dah boleh pakai cekak rambut
suka menjerit

Penat yang melampau

Aisyah baru baik demam. Demam sejak rabu minggi lepas. Lama betul Aisyah tak demam, seingat mummy 6 bulan sudah kot dia demam. Tapi yang merisaukan demam kali ni agak lama. Tapi suhu badannya takdelah panas semanjang. Demam datang dulu baru selsema dan batuk datang. Apapun syukur alhamdulillah conel sudah sihat kembali.

Dah dua hari ni badan terasa amat letih dan sakit2 sendi. Mungkin sebab nak kena selsema atau apa yek.. Letih yang ammmmmmat sangat. Tuhan je yang tau, tiada yang lain lebih memahami hambamu ini dari engkau ya allah. Semoga kesabaran ini bertahan hingga ke skhir hayatku

Azam bulan September

Hehehehe….

Rasanya nak letak target jangka pendek dan senang supaya mudah dicapai dan peroleh kegembiraan kecil. Target bulan ni:

Buat Fisiotherapi dirumah tanpa rasa sedih

1. sebelum tido setiap hari (dengan harapan tak terlelap sama dengan conel masa menyusukan dia)

Mengajar Aisyah mengaji

1. Seminggu 3 kali

Selesaikan kerja-kerja yang dibayar gaji bulanan seperti yang telah dirancang

1. WaterBalance untuk Jempol, Rmbau dan Tampin

2.Meter audit rembau

3. Coordinanting NRW Activities di Jempol

3. Tampin belum ada perancangan lagi

Menyiapkan kertas kerja untuk Nursery anak pokok getah

1. Paperwork dah siap, tunggu untuk di semak oleh KC

Menulis cerita novel yang belum ada tajuk…

1.Bulan ni kena habiskan bab satu

saya sukakan warna peach kebelakangan ini…… seperti warna buah ini…alahai sangat manja warnanya.

gambar dari google search

Aisyah bikin kuih raya

SI CONEL:

  1. Ringan tangan “membantu” makcik2 buat kuih raya
  2. sibuk nak “tolom”
  3. masa buat kuih ni conel belum mandi….tapi kuih tetap jadi
  4. bukan setakat “tolom” wat kuih ni…macam2 kuih lain lagi dah dibuat
  5. keadaan dapur dah tentu huru hara dengan ‘bantuan” tangan mulus hati ikhlas si conel ni

makcik2 tak dapek nak kato apo…layankan je karenah ini budak kecik….heheheh, itu tandanya conel kami ni dah semakin meningkat usia…dibanding dengan ramadhan tahun lepas. semoga kita semua mendapat umur yang panjang dalam iman untuk berjumpa lagi ramadhan tahun hadapan. Insyallah

Manusia yang suka mengambil kesempatan

Beberapa hari ni sangat stress….ade manusia2 yang suka menebeng, menumpang kasih sayang parents sampai nak perang dingin sesame keluarga. Memang dasar *tuuuut*. Saja catat dalam ni supaya mummy tak lupa dimasa depan bila jumpa jenis2 manusia macam ni. Suka bawak mulut mengadu sana sini. Tunggu je tiba masa dan saatnya kau balik jugak keseberang sana. Duduk diam2 kat sana baru tau langit tinggi rendah duk tanah tumpah sendiri. Duduk kat sini mengada-ngada mintak itu ini ingat orang sini cop duit ke hapa.  Sedap mulut je nak suh mak ayah aku buatkan umah ko kan…. Kitorang adik-beradik sikit punya hal takde pun nak bagitau mak ayah. Memang dasar *tuuuut* lah ko ni.

Ko ingat ko lagi pandai nak wat cerita itu ini, kasik parents kami simpati, pigidah…ko tunggu je masa ni, enjoy free house and all the facilities yang ada sesuka ko, bila tiba masa baru ko tau apekah balasan untuk kehidupan ko yang suka mereka cerita dan mengadu domba. BENCI!!! Sangat, tuhan je yang tau. Isk isk…. Ko buat mummy menangis, lepas ni kau pun akan menangis gak…. Rasakan. Hari baik bulan baik ko menjahanamkan hubungan kekeluargaan kami. Semoga tuhan balas setimpal atas perbuatan dan niat jahat ko tu.

Nasib baik ko lagi besar, kalau tak dah ku lempang-lempang bagi mulut ko tuh kasi diam.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.